PUNCA
KEMALANGAN
Pada umumnya kemalangan didalam bengkelterbahagi kepada dua
jenis bergantung pada punca berlakunya kemalangan tersebut :-
1. Kemalangan yang
berpunca daripada kecuaian manusia.
2. Kemalangan yang
berpunca daripada keadaan peralatan dan mesin dan juga keadaan kerja.
1. Kemalangan yang berpunca daripada Kecuaian
Manusia.
Sikap cuai semasa mengendalikan peralatan didalam bengkel boleh
menyebabkab berlakunya kemalangan. Antara kecuaian yang biasa berlaku
ialah :
- Sikap tidak bertanggungjawab
- Menyalahgunakan peralatan dengan tujuan untuk bergurau senda.
- Contohnya, menyemburkan udara termampat kearah kawan boleh menyebabkan kecederaan jika terkena mata
- Tidak mematuhi tanda-tanda amaran umpamanya tanda larangan merokok ditempat-tempat yang mudah terbakar dan sebagainya.
2.
Kemalangan yang berpunca daripada Keadaan Alat, Mesin dan Keadaan Kerja.
Selain kecuaian diri sendiri, kemalangan juga
boleh berlaku akibat daripada keadaan peralatan, mesin serta keadaan kerja yang dilakukan.
Antaranya ialah :
- Logam yang keras dan mempunyai tepi yang tajam boleh menyebabkan luka.
- Serpihan logam atau tatal yang panas dan tajam daripada operasi memesin, kerja-kerja mengimpal, relau tindakan haba dan daripada kerja-kerja menempa boleh mengakibatkan kebakaran atau melecur pada bahagian anggota.
- Bahagian-bahagian mesin yang bergerak saperti giar, takal dan tali sawat boleh menyebabkan tangan atau pakaian terperangkap. Akibatnya boleh menyebabkan kehilangan pancaindera.
- Logam dan peralatan-peralatan lain yang berat boleh mendatangkan kemalangan apabila peralatan tersebut terjatuh dan menimpa mana-mana bahagian anggota ketika mengangkatnya.
- Kerosakkan peralatan eletrik atau litar eletrik boleh menyebabkan kebakaran ataupun kejutan eletrik.
- Lantai yang licin kerana tumpahan minyak dan gris boleh mengakibatkan terjatuh ataupun terlanggar benda-benda yang keras. Ini boleh mengakibatkan kemalangan dan kecederaan dibahagian kepala.
- Aisd juga jadi punca kemalangan kerana ia boleh menyebabkan melecur apabila terkena pada kulit.
Langkah Keselamatan.
Untuk
menjauhi sebarang kemalangan yang dinyatakan diatas para pelajar mestilah mempunyai semangat dan tabiat bekerja
yang baik didalam bengkel iaitu dengan :-
1. Menrutamakan kebersihan pada setiap waktu.
2. Mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap
diri sendiri.
3. Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan
sekelas.
4. Menghargai dan berpuas hati dengan hasil
kerja.
5. Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja
amali.
Keselamatan
Semasa Menggunakan Peralatan Mesin.
Langkah
keselamatan semasa menggunakan mesin akan diterangkan dalam bab-bab seterusnya yang khusus membincangkan
mesin-mesin tertentu. Walaubagaimanapun dalam
bab ini akan diterangkan langkah keselamatan secara umum yang mesti dipatuhi.
- Pastikan mana-mana bahagian mesin yang merbahaya dipasang alat pelindung. Ini dapat mengelakkan bahagian-bahagian mesin tersebut menarik anggota badan atau pakaian. Antara bahagian-bahagian mesin yang dimaksudkan ialah :-
- Takal dan Tali sawat.
- Mata alat saperti mata alat pengisar, gerudi dan mata gergaji
- Gier
- Roda Pencanai.
- Mesin haruslah mempunyai suis keselamatan dan suis saling mengunci. Contohnya :- Suis yang terdapat pada penutup giar. Apabila penutup ini terbuka mesin akan terhenti atau suis akan tertutup
- Setiap mesin mestilah mempunyai pembumian yang sempurna bagi mengelakkan sebarang bahaya eletrik. menunjukkan pembumian yang betul bagi plug tiga pin.
- Keadaan fius mestilah betul bagi mencegah beban lampau(overload) yang boleh mengakibatkan kebakaran.
- Elakkan memegang dan menyentuh alat-alat yang tajam saperti mata pengisar, hujung mata alat penggarit dan sebagainya.
- Buangkan tepi yang tajam pada benda kerja.
- Laporkan kepada guru jika ada diantara alat-alat keselamatan yang dikeluarkan daripada rak tempat menyimpan.
- Matikan suis kuasa sepenuhnya bagi peralatan dan mesin apabila tidak digunakan atau apabila mesin dibersihkan.
Kekemasan Tempat
Bekerja atau Bengkel.
Kekemasan
dan kebersihan tempat bekerja bukan sahaja dapat menjauhi kemalangan tetapi juga dapat mempertingkatkan
kecekapan bekerja. Dengan itu perkara-perkara yang berikut hendaklah diambil kira :
- Jangan biarkan alatan dan bahan bersepah diatas lantai atau disekeliling mesin. Ini dapat mengelakkan alatan dan bahan tersebut daripada terlanggar, tersepak, terantuk atau terpijak.
- Elakkan minyak atau gris tertumpah diatas lantai kerana minyak ini sangat licin dan menyebabkan mudah tergelincir.
- Jangan biarkan tatal atau serpihan logam bersepah diatas lantai dan disekeliling mesin. Sebaik saja selesaibekerja, mesin dan tempat belkerja hendaklah dibersihkan.
- Bengkel mestilah mempunyai ruang dan mendapat bekalan cahaya yang terang, mempunyai peredaran udara yang baik, mempunyai laluan untuk berjalan (gangway) dan hendaklah dilengkapkan dengan rak tempat menyimpan alatan dan bahan supaya alat tangan dapat disusun dengan kemas dan teratur menunjukkan susunan bengkel dan bahagian yang bertanda anak panah menunjukkan tempat lalua untuk berjalan.pula menunjukkan kotak tempat menyimpan alat-alat tangan