Wednesday, 6 November 2013

KESELAMATAN DIBENGKEL

PUNCA KEMALANGAN


Pada umumnya kemalangan didalam bengkelterbahagi kepada dua jenis bergantung pada punca berlakunya kemalangan tersebut  :-

1.   Kemalangan yang berpunca daripada kecuaian manusia.

2.   Kemalangan yang berpunca daripada keadaan peralatan dan mesin dan juga keadaan kerja.

1.   Kemalangan yang berpunca daripada Kecuaian Manusia.

          Sikap cuai semasa mengendalikan peralatan didalam bengkel boleh menyebabkab berlakunya kemalangan. Antara kecuaian yang biasa berlaku ialah  :

  • Sikap tidak bertanggungjawab
  • Menyalahgunakan peralatan dengan tujuan untuk bergurau senda.
  • Contohnya, menyemburkan udara termampat kearah kawan boleh menyebabkan kecederaan jika terkena mata
  • Tidak mematuhi tanda-tanda amaran umpamanya tanda larangan merokok ditempat-tempat yang  mudah terbakar dan sebagainya.


2.   Kemalangan yang berpunca daripada Keadaan Alat, Mesin dan Keadaan Kerja.

 Selain kecuaian diri sendiri, kemalangan juga boleh berlaku akibat daripada keadaan peralatan, mesin   serta keadaan kerja yang dilakukan. Antaranya ialah  :

  • Logam yang keras dan mempunyai tepi yang tajam boleh menyebabkan luka.
  • Serpihan logam atau tatal yang panas dan tajam daripada operasi memesin, kerja-kerja       mengimpal, relau tindakan haba dan daripada kerja-kerja menempa boleh mengakibatkan kebakaran atau melecur pada bahagian anggota.
  • Bahagian-bahagian mesin yang bergerak saperti giar, takal dan tali sawat boleh menyebabkan tangan atau pakaian terperangkap. Akibatnya boleh menyebabkan kehilangan pancaindera.
  • Logam dan peralatan-peralatan lain yang berat boleh mendatangkan kemalangan apabila peralatan tersebut terjatuh dan menimpa mana-mana bahagian anggota ketika mengangkatnya.
  • Kerosakkan peralatan eletrik atau litar eletrik boleh menyebabkan kebakaran ataupun kejutan eletrik.
  • Lantai yang licin kerana tumpahan minyak dan gris boleh mengakibatkan terjatuh ataupun terlanggar benda-benda yang keras. Ini boleh mengakibatkan kemalangan dan kecederaan dibahagian kepala.
  • Aisd juga jadi punca kemalangan kerana ia boleh menyebabkan melecur apabila terkena pada kulit.

Langkah Keselamatan.

            Untuk menjauhi sebarang kemalangan yang dinyatakan diatas para pelajar mestilah mempunyai semangat dan tabiat bekerja yang baik didalam bengkel iaitu dengan :-

            1.   Menrutamakan kebersihan pada setiap waktu.
            2.   Mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
            3.   Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan sekelas.
            4.   Menghargai dan berpuas hati dengan hasil kerja.
            5.   Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali.

Keselamatan Semasa Menggunakan Peralatan Mesin.
            
            Langkah keselamatan semasa menggunakan mesin akan diterangkan dalam bab-bab           seterusnya yang khusus membincangkan mesin-mesin tertentu. Walaubagaimanapun             dalam bab ini akan diterangkan langkah keselamatan secara umum yang mesti dipatuhi.


  1.  Pastikan mana-mana bahagian mesin yang merbahaya dipasang alat pelindung. Ini dapat mengelakkan bahagian-bahagian mesin tersebut menarik anggota badan atau pakaian. Antara bahagian-bahagian mesin yang dimaksudkan ialah :-
  • Takal dan Tali sawat.
  • Mata alat saperti mata alat pengisar, gerudi dan mata gergaji
  • Gier
  • Roda Pencanai.
  1. Mesin haruslah mempunyai suis keselamatan dan suis saling mengunci. Contohnya :- Suis yang terdapat pada penutup giar. Apabila penutup ini terbuka mesin akan terhenti atau suis akan tertutup
  2. Setiap mesin mestilah mempunyai pembumian yang sempurna bagi mengelakkan sebarang bahaya eletrik. menunjukkan pembumian yang betul bagi plug tiga pin.
  3. Keadaan fius mestilah betul bagi mencegah beban lampau(overload) yang boleh                       mengakibatkan kebakaran.
  4.  Elakkan memegang dan menyentuh alat-alat yang tajam saperti mata pengisar, hujung mata alat  penggarit dan sebagainya.
  5.  Buangkan tepi yang tajam pada benda kerja.
  6.  Laporkan kepada guru jika ada diantara alat-alat keselamatan yang dikeluarkan daripada rak tempat menyimpan. 
  7. Matikan suis kuasa sepenuhnya bagi peralatan dan mesin apabila tidak digunakan atau apabila  mesin dibersihkan.

Kekemasan Tempat Bekerja atau Bengkel.
           
            Kekemasan dan kebersihan tempat bekerja bukan sahaja dapat menjauhi kemalangan tetapi juga dapat mempertingkatkan kecekapan bekerja. Dengan itu perkara-perkara yang berikut hendaklah diambil kira :


  • Jangan biarkan alatan dan bahan bersepah diatas lantai atau disekeliling mesin. Ini  dapat mengelakkan alatan dan bahan tersebut daripada terlanggar, tersepak, terantuk   atau   terpijak.
  • Elakkan minyak atau gris tertumpah diatas lantai kerana minyak ini sangat licin dan menyebabkan mudah tergelincir.
  • Jangan biarkan tatal atau serpihan logam bersepah diatas lantai dan disekeliling mesin. Sebaik saja selesaibekerja, mesin dan tempat belkerja hendaklah dibersihkan.
  • Bengkel mestilah mempunyai ruang dan mendapat bekalan cahaya yang terang, mempunyai peredaran udara yang baik, mempunyai laluan untuk berjalan (gangway) dan hendaklah dilengkapkan dengan rak tempat menyimpan alatan dan bahan supaya alat tangan dapat disusun dengan kemas dan teratur menunjukkan susunan bengkel dan bahagian yang bertanda anak panah menunjukkan tempat lalua untuk berjalan.pula menunjukkan kotak tempat menyimpan alat-alat tangan

No comments:

Post a Comment