PENGENALAN PENUMATIK
System penumatik menggunakan udara termampat sebagai medium pemindahan
kuasa. Udara termampat adalah udara sekeliling yang telah dimampatkan dengan mengunakan pemampat udara kendalian motor letrik. Sistem penumatik banyakdigunakan dalam industeri pemasangan komponen elektronik. Mesin memproses
makanan, alat seperti mesin gerudi, perivet,
motor udara dan lain-lain. Sistem tersebut juga digunakan untuk mengerakan
bahagian yang mencengkam rim roda semasa menukar tayar dan memuter
nat roda.
Prinsip
Asas Sistem Penumatik
Sistem
penumatik yang mudah mengandungi
pemampat, pengering dan penyejuk, penerima,
penapis
udara , pengatur tekanan, alat pelincir,
injap kawalan berarah, penyenyap, injap kawalan
aliran,
dan selinder. Fungsi komponen tersebut secara ringkas adalah:-
Pemampat -
Memampat udara daripada tekanan atmosfera
ketekanan yang lebih tinggi.
Pengering dan Penyenyejuk - Untuk menyenyejukkan udara dan
mengeluarkan pelewapan.
Penerima - Berfungsi sebagai tangki sejenis penerima udara termampat
untuk kegunaan industri). Dan juga yang digunakan
untuk mengstabilkan tekanan udara
yang dibekalkan oleh pemampat serta menolong menurunkan suhu udara termampat. Pelwapan yang terhsil akibat daripada penurunan
suhu boleh dikeluarkan melalui injap saliran dibawah penerima
Penapis Udara – Mengasingkan bendasing daripada udara termampat
Pengatur Tekanan -
Melaraskan tekanan mengikut keperluan sesuatu system
Alat Pelincir - Menyenbur kan minyak pelincir di dalam udara termampat untuk di bawa ke bahagian
bergerak seperti injap kawalan berarah dan omboh dalam selinder
Injap Kawalan berarah- Mengawal
arah udara
termampat ke liang yang tertentu.
Injap Kawalan aliran - Mengawal kadar alir udara termampat keselinder .
Penyenyap – Mengurangkan bunyi
udara termampat yang dihembuskan melalui
liang
elzos tertentu.
Silinder – Sejenis penggerak
yang digunakan untuk membuat kerja.
No comments:
Post a Comment