Wednesday, 6 November 2013

KESELAMATAN DIBENGKEL

PUNCA KEMALANGAN


Pada umumnya kemalangan didalam bengkelterbahagi kepada dua jenis bergantung pada punca berlakunya kemalangan tersebut  :-

1.   Kemalangan yang berpunca daripada kecuaian manusia.

2.   Kemalangan yang berpunca daripada keadaan peralatan dan mesin dan juga keadaan kerja.

1.   Kemalangan yang berpunca daripada Kecuaian Manusia.

          Sikap cuai semasa mengendalikan peralatan didalam bengkel boleh menyebabkab berlakunya kemalangan. Antara kecuaian yang biasa berlaku ialah  :

  • Sikap tidak bertanggungjawab
  • Menyalahgunakan peralatan dengan tujuan untuk bergurau senda.
  • Contohnya, menyemburkan udara termampat kearah kawan boleh menyebabkan kecederaan jika terkena mata
  • Tidak mematuhi tanda-tanda amaran umpamanya tanda larangan merokok ditempat-tempat yang  mudah terbakar dan sebagainya.


2.   Kemalangan yang berpunca daripada Keadaan Alat, Mesin dan Keadaan Kerja.

 Selain kecuaian diri sendiri, kemalangan juga boleh berlaku akibat daripada keadaan peralatan, mesin   serta keadaan kerja yang dilakukan. Antaranya ialah  :

  • Logam yang keras dan mempunyai tepi yang tajam boleh menyebabkan luka.
  • Serpihan logam atau tatal yang panas dan tajam daripada operasi memesin, kerja-kerja       mengimpal, relau tindakan haba dan daripada kerja-kerja menempa boleh mengakibatkan kebakaran atau melecur pada bahagian anggota.
  • Bahagian-bahagian mesin yang bergerak saperti giar, takal dan tali sawat boleh menyebabkan tangan atau pakaian terperangkap. Akibatnya boleh menyebabkan kehilangan pancaindera.
  • Logam dan peralatan-peralatan lain yang berat boleh mendatangkan kemalangan apabila peralatan tersebut terjatuh dan menimpa mana-mana bahagian anggota ketika mengangkatnya.
  • Kerosakkan peralatan eletrik atau litar eletrik boleh menyebabkan kebakaran ataupun kejutan eletrik.
  • Lantai yang licin kerana tumpahan minyak dan gris boleh mengakibatkan terjatuh ataupun terlanggar benda-benda yang keras. Ini boleh mengakibatkan kemalangan dan kecederaan dibahagian kepala.
  • Aisd juga jadi punca kemalangan kerana ia boleh menyebabkan melecur apabila terkena pada kulit.

Langkah Keselamatan.

            Untuk menjauhi sebarang kemalangan yang dinyatakan diatas para pelajar mestilah mempunyai semangat dan tabiat bekerja yang baik didalam bengkel iaitu dengan :-

            1.   Menrutamakan kebersihan pada setiap waktu.
            2.   Mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
            3.   Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan sekelas.
            4.   Menghargai dan berpuas hati dengan hasil kerja.
            5.   Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali.

Keselamatan Semasa Menggunakan Peralatan Mesin.
            
            Langkah keselamatan semasa menggunakan mesin akan diterangkan dalam bab-bab           seterusnya yang khusus membincangkan mesin-mesin tertentu. Walaubagaimanapun             dalam bab ini akan diterangkan langkah keselamatan secara umum yang mesti dipatuhi.


  1.  Pastikan mana-mana bahagian mesin yang merbahaya dipasang alat pelindung. Ini dapat mengelakkan bahagian-bahagian mesin tersebut menarik anggota badan atau pakaian. Antara bahagian-bahagian mesin yang dimaksudkan ialah :-
  • Takal dan Tali sawat.
  • Mata alat saperti mata alat pengisar, gerudi dan mata gergaji
  • Gier
  • Roda Pencanai.
  1. Mesin haruslah mempunyai suis keselamatan dan suis saling mengunci. Contohnya :- Suis yang terdapat pada penutup giar. Apabila penutup ini terbuka mesin akan terhenti atau suis akan tertutup
  2. Setiap mesin mestilah mempunyai pembumian yang sempurna bagi mengelakkan sebarang bahaya eletrik. menunjukkan pembumian yang betul bagi plug tiga pin.
  3. Keadaan fius mestilah betul bagi mencegah beban lampau(overload) yang boleh                       mengakibatkan kebakaran.
  4.  Elakkan memegang dan menyentuh alat-alat yang tajam saperti mata pengisar, hujung mata alat  penggarit dan sebagainya.
  5.  Buangkan tepi yang tajam pada benda kerja.
  6.  Laporkan kepada guru jika ada diantara alat-alat keselamatan yang dikeluarkan daripada rak tempat menyimpan. 
  7. Matikan suis kuasa sepenuhnya bagi peralatan dan mesin apabila tidak digunakan atau apabila  mesin dibersihkan.

Kekemasan Tempat Bekerja atau Bengkel.
           
            Kekemasan dan kebersihan tempat bekerja bukan sahaja dapat menjauhi kemalangan tetapi juga dapat mempertingkatkan kecekapan bekerja. Dengan itu perkara-perkara yang berikut hendaklah diambil kira :


  • Jangan biarkan alatan dan bahan bersepah diatas lantai atau disekeliling mesin. Ini  dapat mengelakkan alatan dan bahan tersebut daripada terlanggar, tersepak, terantuk   atau   terpijak.
  • Elakkan minyak atau gris tertumpah diatas lantai kerana minyak ini sangat licin dan menyebabkan mudah tergelincir.
  • Jangan biarkan tatal atau serpihan logam bersepah diatas lantai dan disekeliling mesin. Sebaik saja selesaibekerja, mesin dan tempat belkerja hendaklah dibersihkan.
  • Bengkel mestilah mempunyai ruang dan mendapat bekalan cahaya yang terang, mempunyai peredaran udara yang baik, mempunyai laluan untuk berjalan (gangway) dan hendaklah dilengkapkan dengan rak tempat menyimpan alatan dan bahan supaya alat tangan dapat disusun dengan kemas dan teratur menunjukkan susunan bengkel dan bahagian yang bertanda anak panah menunjukkan tempat lalua untuk berjalan.pula menunjukkan kotak tempat menyimpan alat-alat tangan

Tuesday, 5 November 2013

Perbezaan Sistem Pnumatik dengan Hidraulik

Sistem pneumatik

1.      Mengunakan medium udara termampat
2.      Kos penghasilan udara termampat adalah murah.
3.      Kendalian lebih bersih

4.      Digunakan untuk kerja ringan.
5.      Udara  termampat memberi rintangan aliran yang rendah.
6.      Membuat kerja lebih pantas tetapi kadangkala tersekat.
7.      Tidak sesuai untuk kerja yang terhenti separuh jalan.
8.   Boleh berfungsi pada suhu yang tinggi


Sistem Hidraulik 


        1. Mengunakan medium bendalir hidraulik
        2. Kos bendalir hiraulik lebih tinggi.
        3. Kendalian mengotorkan.
        4. Digunakan untuk kerja berat.
        5. Bendalir hidraulik menghasilkan rintangan  aliran yang tinggi.
       6. Membuat kerja perlahan tetapi licin.
       7. Sesuai untuk kerja  yang berhenti separuh  jalan.
       8. Merbahaya juka digunakan pada suhu yang tinggi sebab bendalir mudah terbakar.





Monday, 4 November 2013

Sistem Penumatik

PENGENALAN PENUMATIK

System penumatik menggunakan udara termampat sebagai medium pemindahan kuasa.  Udara termampat adalah udara sekeliling yang telah dimampatkan dengan mengunakan pemampat udara kendalian motor letrik.  Sistem penumatik banyakdigunakan dalam industeri pemasangan komponen elektronik. Mesin memproses makanan, alat seperti mesin gerudi, perivet, motor udara dan lain-lain.  Sistem tersebut juga digunakan untuk mengerakan bahagian yang mencengkam rim roda semasa menukar tayar dan memuter nat roda.

     Prinsip  Asas Sistem Penumatik
     Sistem penumatik yang mudah  mengandungi pemampat, pengering dan penyejuk, penerima, 
     penapis udara , pengatur tekanan, alat pelincir,  injap kawalan berarah, penyenyap, injap kawalan 
     aliran, dan selinder.  Fungsi komponen tersebut    secara ringkas adalah:-

     Pemampat  -   Memampat udara daripada tekanan atmosfera ketekanan yang lebih tinggi.

     Pengering dan Penyenyejuk   - Untuk menyenyejukkan udara dan mengeluarkan pelewapan.
    
     Penerima -  Berfungsi sebagai tangki sejenis penerima udara  termampat
     untuk kegunaan industri).  Dan juga yang digunakan untuk mengstabilkan tekanan udara
yang dibekalkan oleh pemampat serta menolong menurunkan suhu  udara termampat.   Pelwapan yang terhsil akibat daripada penurunan suhu boleh dikeluarkan melalui injap saliran dibawah penerima

    Penapis Udara – Mengasingkan bendasing daripada udara termampat  

   Pengatur  Tekanan  -  Melaraskan tekanan mengikut keperluan sesuatu system 

    Alat Pelincir  -  Menyenbur kan minyak pelincir di dalam udara termampat untuk di bawa ke bahagian  
     bergerak seperti injap kawalan berarah dan omboh dalam selinder 

     Injap Kawalan berarah-  Mengawal arah udara       
     termampat ke liang yang tertentu.

     Injap Kawalan aliran  - Mengawal kadar alir udara termampat  keselinder . 

Penyenyap – Mengurangkan bunyi udara  termampat yang dihembuskan melalui liang
elzos tertentu.

     Silinder – Sejenis penggerak yang digunakan untuk membuat kerja.
     

Saturday, 2 November 2013

Sistem Hidraulik

Sistem Hidraulik  - Perkataan sistem adalah berasal dari perkataan Greek (Hydro and anlie) yang bermakna kajian mengenai pergerakan cecair.   Mengikut definasi moden, hidraulik adalah merupakan analisa sifat-sifat cecair yang ditukarkan kepada satu bentuk tenaga yang melakukan kerja.Sistem hidraulik adalah merupakan satu litar paip tertutup (enclosed piping circuit)  yang mana bendalir di bawah tekanan untuk melakukan kerja.  Berbagai-bagai komponen disambung dengan cara paip, tiub ataupun hose

1.                  ASAS KOMPONEN HIDRAULIK

Asas komponen hidraulik adalah terdiri daripada berikut :
  • Tangki (Reservior)  - Tangki ini dalah untuk menyimpan cecair hidraulik.
  • Pam -  Ia digunakan untuk menghasilkan tekanan cecair kepada sistem
  •  Control Valve (Injap kawalan) – Tugas injap kawalan ialah untuk mengawal arah aliran cecair.
  • Acuating Unit (selinder)  -  Ia digunakan untuk menukar tenaga hidraulik kepada tenaga mekanik bagi menjalankan kerja.
  • Cecair hidraulik (hydraulic Fluid) – Ia adalah bahantara kepada perubahan-perubahan dalam siatem hidraulik.
  •  Piping / tubing/ hose -  Sebagai laluan keada cecair hidrauli

Friday, 1 November 2013

Pemakaian didalam bengkel

CARA PEMAKAIAN DALAM BENGKEL


DI DALAM GAMBAR TELAH MENCERITAKAN SEGALANYA

Tujuan, manfaat, jenis dan kegunaan dari APD(alat pelindung diri

1. Tujuan
  •  Melindungi tenaga kerja apabila usaha rekayasa (engineering) dan administratif tidak dapat dilakukan dengan baik.
  • Meningkatkan efektivitas dan produktivitas kerja
  • Menciptakan lingkungan kerja yang selamat

2. Manfaat
  • untuk melindungi seluruh/sebagian tubuhnya terhadap kemungkinan adanya potensi bahaya/kecelakaan kerja.
  • Mengurangi resiko akibat kecelakaan


Kegunaan topi keselamatan..
  • Alat Pelindung Kepala
  • Topi Pelindung/Pengaman (Safety Helmet): Melindungi kepala dari benda keras, pukulan dan benturan, terjatuh dan terkena arus listrik.
  • Tutup Kepala: Melindungi kepala dari kebakaran, korosif, uap-uap, panas/dingin
  • Hats/cap: Melindungi kepala dari kotoran debu atau tangkapan mesin-mesin berputar
Goggle

  • ALAT PELINDUNG  MATA 
  • Fungsi: Melindungi muka dan mata dari:
  • Lemparan benda – benda kecil.
  • Lemparan benda-benda panas.
  • Pengaruh cahaya.

 Mask 

  • FUNGSI & JENIS alat pelindung pernafasan
  • Memberikan perlindungan terhadap sumber-sumber bahaya seperti:
    kekurangan oksigen pencemaran oleh partikel (debu, kabut, asap dan uap logam)
    pencemaran oleh gas atau wap.
Glove
  • Alat Pelindung Tangan,Sarung Tangan (Gloves)
    Jenis pekerjaan yang mermelukan sarung tangan :
    a.  Pengelasan/ pemotongan (bahan kulit)
    b.  Bekerja dengan bahan kimia (bahan karet)
    c.  Beberapa pekerjaan mekanikal di workshop dimana ada potensi cedera bila tidak menggunakan sarung tangan (seperti benda yang masih panas, benda yang sisinya tajam dlsb.).
 Appron
  •  Apron untuk bekerja dengan bahan kimia ataupun pekerjaan pengelasan.
  • cth seperti welding


Safety boots
  • di perbuat dari kulit, karet, sintetik atau plastik
  • Untuk mencegah tergelincir
  • Dipakai sol anti slip
  • Untuk mencegah tusukan
  • Dipakai sol dari logam
  • Terhadap bahaya listrik
  • safety boots seluruhnya harus di jahit atau  direkat tak boleh memakai paku.